Pemain.
Setiap perlawanan yang dijalankan perlulah ada dua pasukan. Setiap pasukan perlu ada tidak lebih dari sebelas (11) orang pemain. Di dalam 11 orang itu, seorang mestilah penjaga gol. Tanpa penjaga gol, permainan tidak boleh dimulakan. Perlawanan juga tidak boleh dimulakan sekiranya pasukan itu kurang daripada 7 pemain.
Bilangan Pengganti.
Pemain - pemain yang sedang bermain boleh digantikan dengan pemain gantian. Undang - undang telah menetapkan hanya tiga pemain sahaja yang boleh ditukarkan. Walaubagaimanapun, setiap pertandingan bola sepak yang dianjurkan haruslah mempunyai peraturan pertukaran. Peraturan setiap pertandingan boleh menetapkan berapa ramai pemain boleh ditukarkan dari minimum iaitu tiga orang hingga maksimum 12 orang.
Undang - Undang Permainan Bola Sepak
Wednesday 15 June 2016
Undang - Undang 2 - Bola
Bola.
Apabila bertanya kepada semua orang, bagaimana bentuk bola sepak? Ramai yang akan menjawab bentuk bola adalah bulat. Jawapannya salah.
Bentuk bola untuk permainan bola sepak berbentuk SFERA. Itu adalah asas. Bagi menjamin kualiti sesuatu bola dan menjamin kualiti permainan, bola mestilah dibuat daripada kulit ataupun bahan - bahan yang sesuai.
Begitu juga dengan saiz bola. Tidak boleh besar dan tidak boleh kecil. Di peringkat antarabangsa, lilitan bola yang perlu digunakan tidak lebih daripada 70cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68cm
(27 inci). Manakala beratnya tidak lebih dari 450g (16 auns) dan tidak kurang daripada 410g (14 auns) pada permulaan permainan.
Bola juga haruslah mempunyai tekanan udara diantara 0.6 - 1.1 atmosfera.
Begitulah undang - undang 2. Tidak semuanya mudah. Bagi mereka yang bermain bola, pastikan bola sepak anda berada dalam keadaan yang sepatutnya sebelum memulakan permainan.

Monday 13 June 2016
Undang - undang 1 - PADANG PERMAINAN
Permukaan Padang.
Memang padang tempat untuk kita bermain. Tetapi untuk permainan bola sepak, mestilah digunakan padang yang sesuai. Setiap perlawanan bola sepak haruslah dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artisfisial mengikut peraturan pertandingan. Warna untuk permukaan artifisial mestilah mengikut warna padang yang sebenar iaitu warna hijau.
Tanda - tanda Padang.
Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan bertanda dengan garisan. Garisan - garisan ini boleh kita katakan sebagai sempadan. Bila dikatakan garisan sempadan mesti terfikir, apa yang dimaksudkan. Garisan sempadan yang dimaksudkan ialah dua garisan yang panjang adalah garisan tepi, manakala dua garisan yang pendek adalah garisan gol.
Padang permainan pula akan dibahagikan kepada dua oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan antara dua garisan.

Sunday 12 June 2016
UNDANG - UNDANG PERMAINAN BOLA SEPAK
Apabila dilihat permainan bola sepak, ianya nampak mudah. Namun tidak semudah yang disangka. Ini adalah fakta. Tidak semua pemain bola mengetahui undang - undang di dalam permainan nombor satu dunia ini.
Undang - undang tersebut ialah:
1. Padang Permainan
2. Bola
3. Bilangan Pemain
4. Alatan Pemain.
5. Pengadil
6. Penolong - penolong Pengadil
7. Jangkamasa Permainan
8. Permulaan dan memulakan semula permainan
9. Bola di dalam dan di luar permainan
10. Cara menentukan jaringan
11. Ofsaid
12. Kesalahan - kesalahan dan kelakuan tidak bersopan
13. Sepakan percuma
14. Sepakan penalti
15. Lontaran ke dalam
16. Sepakan gol
17. Sepakan penjuru.
Di sini terdapat 17 undang - undang yang mana setiap pemain seharusnya tahu. Pada zaman sekarang bukan sahaja pengadil, malahan jurulatih - jurulatih juga perlu patut tahu mengenai undang - undang ini.
Saya akan kupaskan satu persatu mengenai undang - undang ini secara umum. Harapan saya agar kupasan di dalam undang - undang ini dapat membantu semua orang yang meminati sukan bola sepak ini.

Friday 10 June 2016
PENGENALAN
Bola sepak merupakan permainan No. 1 di dunia. Tidak kira umur, bangsa, agama, lelaki dan wanita, semuanya meminati permainan ini. Bola sepak membuatkan seperti kita merantau ke seluruh pelusuk dunia. Di England, mereka mempunyai Barclays Premier League, di Itali mempunyai liga Seria A, di Malaysia juga tidak kurang menariknya, kita mempunyai Liga Super dan Liga Perdana.
Bola sepak mempunyai pelbagai peringkat kejuaraan. Ada Kejuaraan Dunia, Kejuaraan Eropah, Kejuaraan Amerika Latin, Kejuaraan Asia, Kejuaraan Asia Tenggara. Itu semua adalah kejohanan peringkat negara. Di peringkat kelab pula terdapat UEFA Champian League, Kejuaraan Kelab Dunia, AFC Champion League dan lain - lain lagi.
Legenda - legenda bola sepak seperti Pele, Diego Maradona, Eric Cantona, Maldini adalah pemain - pemain yang masih lagi diingati sehingga sekarang. Begitu juga dengan lagenda bola sepak di Malaysia seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Dollah Salleh dan ramai lagi merupakan lagenda negara yang masih lagi diingati. Mereka telah main bermati - matian untuk menaikkan nama negara hingga ke Sukan Olimpik.
Sekarang, Ronaldo, Messi, Neymar, Vardy, Rooney adalah nama - nama yang sentiasa bermain di bibir anak - anak kecil ketika bermain bola. Mereka ini dijadikan idola untuk berjaya. Harapan dan doa saya semoga mereka yang berada di bangku sekolah berjaya di dalam sukan yang diminati.
Apabila sebut pasai bola sepak, ramai yang meminatinya. Tapi mereka tahu atau tidak undang - undang permainan bola sepak. Kalau bermain sahaja dan tidak tahu undang - undang, janganlah kita impikan untuk bermain bola sepak. Ini kerana permainan bola sepak juga terikat dengan undang - undang dan peraturan permainan. Setiap kali perlawan dijalankan, pengadil dipersalahkan di atas kesalahan pemain, sedangkan pengadil di tengah padang juga mengikut undang - undang yang telah ditetapkan.
Oleh itu, di sini saya akan cuba meletakkan undang - undang permainan bola sepak yang menjadi kegilaan seluruh warga dunia.

Subscribe to:
Posts (Atom)