Wednesday 15 June 2016

Undang - Undang 2 - Bola

Bola.

Apabila bertanya kepada semua orang, bagaimana bentuk  bola sepak? Ramai yang akan menjawab bentuk bola adalah bulat. Jawapannya salah.

Bentuk bola untuk permainan bola sepak berbentuk SFERA. Itu adalah asas. Bagi menjamin kualiti sesuatu bola dan menjamin kualiti permainan, bola mestilah dibuat daripada kulit ataupun bahan - bahan yang sesuai.

Begitu juga dengan saiz bola. Tidak boleh besar dan tidak boleh kecil. Di peringkat antarabangsa, lilitan bola yang perlu digunakan tidak lebih daripada 70cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68cm
(27 inci). Manakala beratnya tidak lebih dari 450g (16 auns) dan tidak kurang daripada 410g          (14 auns) pada permulaan permainan.

Bola juga haruslah mempunyai tekanan udara diantara 0.6 - 1.1 atmosfera.

Begitulah undang - undang 2. Tidak semuanya mudah. Bagi mereka yang bermain bola, pastikan bola sepak anda berada dalam keadaan yang sepatutnya sebelum memulakan permainan.

No comments:

Post a Comment